Bayangkan Kau Dan Daku, Selamanya..

Ni lah aku mase ditacap2 oleh mak andam?.. Tunang pun nak pakai mak andam ke??.. urm, maklumlah... Berbukak juga pintu hati aku nie...Alhamdulillah.. Bes sangat time nie..






























Cincin ni i sendiri yang pilih, simple tapi lamer2 c cantik sangat2 la Papa.. TQ My tunang, "Poh Kong" tapi bukan Diamond, hikhik bli at SOGO. Last minit p bli ni, cume satu jer permata dier, 1? ? Wan? One?... Yang ring rotan tu, mak wan yang beli n kac, untungnya jadi anak "mak" eii? Walau ape pun, Tanks sumer..TQ sekali lagi MY Laling.

Malam tadi punye "Kisah"...

26 November, 2009...
Urm, ni lah ceritanya, balik dari kerja, My Papa aku amik dari tempat kerja.. Maklumlah, dah terdekat la kan.. X tau lah nape ngan badan ni, very2 soft body (terperasan la pulak...soft) My Papa?... (huusskkk Papa, dalam maksud Bahasa Malay, Ayah)...hihikkk..
Malam tadi, tapi i citer sblum tu.. nak g klinik ker x ni?.. sambil menjawab, x yah lah... Tibe malam yang menjelma...Menjelma? Body terasa miang2 keladi, tap miang ooww.. Sambil dah x berapa nak sabar ngan miang2, Sms ) 017-6.......... ok lah, sambung nanti......Tunggu..

Tanks 4 Ina (Graphic)

Salam sejahtera.. Eh, macam surat @ berita la pulak, urm!!.. mentang2 la kerja kat Syarikat ala2 yang macam tu... yang pertama kalinya, i lorr.. nak ucapkan tanks 4 ina.. Die yang uatkan blog ni tau. Kat Office tu, kalu ader aper2 yang berkenaan with Grafik ker, Kreativiti ke, burn cd ke, aku akan cari staff yang bernama "Ina".. Kesian ina, mangsa Kak Lin..(Hushh..jangan cakap kuat2, yang sebenarnya aku dah tua, coz status 'kak' tu) tapi aku ni agak orang penting gak kan kat Office (Betul x na, orang penting? hi..hi..) uat Memo, Surat, n lain2 lagi tapi yang paling penting.. cakap perlahan2 cikit, $$$$..... aku yang arrange gak tu kadang2. Betul x ina?
X der ina, x der blog ni.. Eh, yer ke ina?...wakahwwaa..Walau ape pun, TQ very much to ina.. TQ..

1st Posting..

Kali ini nak cerita tentang 1st movies preview, saja nak citer sebb tak tahu nak tulis apa..hahahaha

My Spy Menghiburkan!!!

Selain gandingan mantap AC Mizal dan Harun Salim Bachik, kolaborasi kreatif antara KRU Studios bersama sentuhan humor pengarah Adflin Shauki, diyakini mampu menjual filem My Spy.

Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga merangkap Penerbit Eksekutif My Spy turut menjelaskan bahawa filem ini turut menepati selera segenap lapisan bangsa apabila menampilkan pelakon pelbagai kaum.

"Selepas Cicakman 1 dan 2, filem My Spy meneruskan tradisi kami (KRU Studios) dalam menerbitkan filem-filem bercorak aksi komedi. Selain menggunakan teknologi terkini, My Spy juga lebih istimewa dengan sentuhan Adflin. Memang sedia maklum, Adflin seorang pengarah yang banyak menghasilkan filem berunsur jenaka.

"Bukan itu saja, My Spy merupakan filem yang mempunyai nilai-nilai Malaysia dan tidak terhad kepada penonton Melayu saja. Ia adalah terjemahan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Ia terpancar melalui barisan pelakon yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, Kadazan dan sebagainya.

"Pendekatan itu merupakan salah satu formula dalam usaha menarik perhatian lebih ramai penonton selain menjadi filem tempatan bersifat global," kata Norman ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana My Spy di Golden Screen Cinemas (GSC), baru-baru ini.

Selain Harum Salim Bachik dan AC Mizal, My Spy turut dibintangi Ridzuan Hashim, Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida dan Carmen Soo.

My Spy yang menelan belanja RM2 juta menjadikan Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran. Ia bakal menemui penonton dipawagam seluruh negara bermula 3 Disember ini.

Ia mengisahkan dua mata gelap peribadi AJ (AC Mizal) dan Salleh (Harun) betungkus lumus bersaing menyiasat kegiataan ahli perniagaan Datuk O atau Osman. Tugas tersebut diarahkan isteri Datuk O sendiri iaitu Datin Mariana yang mengesyaki suaminya itu bermain kayu tiga.

Angan-angan untuk menjadi mata-mata hebat nyata menjadi lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan. Mereka yang mengahapi kesulitan setelah sukar untuk mendapatkan bukti malahan terpaksa berhadapan dengan orang suruhan Datuk O sendiri.

Meneruskan tradisi filem KRU Studios, My Spy tidak ketinggalan mengetengahkan penggunaan elemen CGI. Kali ini, penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan bagaimana watak Salleh, berkomunikasi dengan beg dan keretanya sendiri.

Manakala lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU) nyanyian duet Stacy dan Adam turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem tersebut. -Story amik dari murai.com

Nanti nak p tgk kat Mid Valley!! hahaha..